Jumaat, 15 Februari 2013

Bersinar Kembali

Jawatankuasa bertindak telah dilantik untuk menghidupkan semula aktiviti Koperasi. Semoga usaha ini akan berhasil. Terima kasih atas kerja sama rakan-rakan.

Ahad, 10 Julai 2011

JUMPA SEMULA

Perjumpaan bekas pelajar SMV Temerloh sesi 82 dan 83 telah diadakan di di Bentong Pahang. Kawan-kawan yang dapat datang terutama kepada yang kali pertama, jutaan terima kasih. Terima kasih pada Surialara, Fauzi Arbain dan lain-lain atas usaha kalian kerana dapat merealisasikan perjumpaan tersebut. Semoga lebih ramai lagi rakan-rakan dapat dikumpulkan pada masa akan datang.

Ahad, 29 Ogos 2010

JAMUAN HARI RAYA

Sukacita dimaklukan bahawa Jamuan Aidilfitri akan diadakan seperti maklumat berikut:-

Tarikh: 16 Sept 2010
Tempat: No 97 Lot 1447, Kg Raja, Jalan Jerantut- Temerloh, Songsang, Temerloh
Masa : 11 pagi - 4 petang

Bayaran: 1 orang RM 20, bersama pasangan RM 30, bersama anak-anak RM 50

Kos termasuk: Jamuan, kemah dan cenderahati

Rakan-rakan yang ingin turut serta dikehendaki SMS nama, kursus dan sesi ke 0133952755 untuk maklumat selanjutnya.

Khamis, 29 April 2010

PENDAFTARAN KOPERASI

PERMOHONAN PENDAFTARAN KOPERASI BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL TEMERLOH TELAH DILULUSKAN OLEH SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA PADA 11.03.2010. SATU MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI AKAN DIADAKAN SECEPAT MUNGKIN. TARIKH, MASA DAN TEMPAT AKAN DITETAPKAN KEMUDIAN. MESYUARAT AHLI LEMABAGA PERLU DIADAKAN UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN PEMBUKAAN AKAUN DAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI KOPERASI.

Isnin, 24 Ogos 2009

MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN

Mesyuarat Agung Penubuhan telah diadakan mengikut perancangan. Nama asal koperasi telah ditukar kepada Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Vokasional Temerloh Berhad atas keputusan mesyuarat.

Selasa, 28 Julai 2009

NOTIS MESYUARAT AGONG

Jawatankuasa Penaja
Koperasi Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Teknik Temerloh Berhad
No 21 Taman Semantan 2
Taman Seri Semantan
28000 TEMERLOH
Tel/Fax: 09-2776932
________________________________________________________________
Ruj. Kami : KBPSMTTB/1/(01)
Tarikh : 22 Julai 2009

Kepada
Semua Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Teknik Temerloh
Tuan/Puan,

MESYUARAT AGONG PENUBUHAN KOPERASI BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TEMERLOH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita bahawa Jawatankuasa Penaja Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Temerloh dengan ini memaklumkan notis kepada semua bekas pelajar bahawa Mesyuarat Agong Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Temerloh Berhad akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Ogos 2009
Tempat : Dewan SMT Temerloh
Simpang Sanggang
28020 TEMERLOH
Masa : 2.00 petang
3. Sehubungan dengan itu tuan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan akan menjayakan lagi perjalanan mesyuarat agong ini. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut boleh diajukan ke talian 0129003224, 013 3952755 atau 0193957610.
Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD FAUZI BIN ARBAIN)
Setiausaha Jawatankuasa Penaja
Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Temerloh Berhad

Rabu, 22 Julai 2009

PERJUMPAAN KALI KEDUA DITUNDA KE TARIKH BARU

PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR SMT TEMERLOH DITUNDA KE TARIKH BERIKUT:

TARIKH: 8 OGOS 2009

TEMPAT: DEWAN SMT TEMERLOH

MASA: 2.00 PTG