Jawatankuasa Penaja
Koperasi Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Teknik Temerloh Berhad
No 21 Taman Semantan 2
Taman Seri Semantan
28000 TEMERLOH
Tel/Fax: 09-2776932
________________________________________________________________
Ruj. Kami : KBPSMTTB/1/(01)
Tarikh : 22 Julai 2009
Kepada
Semua Bekas Pelajar
Sekolah Menengah Teknik Temerloh
Tuan/Puan,
MESYUARAT AGONG PENUBUHAN KOPERASI BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TEMERLOH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita bahawa Jawatankuasa Penaja Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Temerloh dengan ini memaklumkan notis kepada semua bekas pelajar bahawa Mesyuarat Agong Penubuhan Koperasi Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Temerloh Berhad akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Ogos 2009
Tempat : Dewan SMT Temerloh
Simpang Sanggang
28020 TEMERLOH
Masa : 2.00 petang
3. Sehubungan dengan itu tuan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan akan menjayakan lagi perjalanan mesyuarat agong ini. Sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut boleh diajukan ke talian 0129003224, 013 3952755 atau 0193957610.
Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menjalankan amanah,
(MOHD FAUZI BIN ARBAIN)
Setiausaha Jawatankuasa Penaja
Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Temerloh Berhad
Selasa, 28 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan